BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 23, 2009

"An educated lady would understand,
and accept it."


Makin kerap nampak trailer AAC, makin terleka dengan alunan Rossa, makin terngiang kata orang tu. Makin terkilan, yang paling orang asing tahu pasal agama kita, ialah tentang kain 4 sudut, dan paling sensasi, tentang suri di setiap sudut tu.

Tapi lebih terkilan, tentang seseorang tu. Ternganga, termangu bila terdengar buah pendapatnya tentang isu hangat yang lagi satu tu. Ingatkan orang tu boleh menegur dan menasihat, tapi ke situ pula. "Rahsia" dah heboh diwar-warkan sekampung, pelik jugak macam mana tak singgah ke telinga Tok Penghulu. Pelik jugak macam mana si Pantai ni, sekali air bah. Pantai tu bukannya jauhari. Pantai dah jemu dengan hujan batu, tapi hujan emas di sana, tulen ke emas itu?

Serba-salah harus seakan talam. Nak bisik ke Penghulu, ke hembus si Pantai? Kerana tak mahu tsunami, rasanya harus terus berdiam diri.

Tapi, kan. Apapun... tak mudah menjadi Fahrie, sukar lagi ketemu seperti Aisyah. Mungkin, orang tu, yang walau dah banyak makan garam, dia yang tak berapa educated kot, kerana memperlekehkan keadaan.

0 mulled it over: