Don't kill me, but don't particularly like reading BH as I don't find it as news-worthy as ST. But sometimes, some issues just will take too long (if ever) to appear in ST.
Found the current debate/discussion rather intriguing.
IMHO, despite there may be a certain discrepancy in the M:F socio-economic status, I do not think the scenario is quite relevant as yet.
And I see the scenario being "abused" like polygamy. Now that is a scary thought.
KAHWIN MISYAR Boleh jejas institusi keluarga
By Azahar Mohd
CyberBerita Isnin 29 Mei 2006
PERKAHWINAN misyar telah pun diamalkan di Arab Saudi dan Mesir sejak beberapa tahun lalu tetapi pelaksanaannya di Singapura memerlukan perbincangan yang mendalam.
Ini kerana ia boleh membebankan institusi keluarga di Singapura dan menimbulkan perbalahan dan keretakan, terutama dalam hubungan suami isteri kerana kebanyakan perkahwinan misyar dijalankan secara sulit.
Malah, nikah misyar dianggap lebih merugikan berbanding berpoligami kerana dalam poligami setiap isteri mempunyai hak saksama sementara isteri misyar hanya memperolehi nafkah batin.
Demikian pandangan beberapa asatizah dan pemimpin masjid yang diminta mengulas saranan seorang pensyarah di Malaysia bagi mengatasi masalah ramai wanita yang tidak bernikah selain daripada mengurangkan perlakuan maksiat dalam masyarakat.
Imam Eksekutif Masjid Al-Istighfar, Ustaz Mohd Suhaimi Mohd Fauzi, berkata nikah misyar dibenarkan di sisi undang-undang oleh Imam Besar Universiti Al-Azhar, Sheikh Dr Muhammad Sayyid Tantawi, pada Februari 1999.
Dari segi fatwa ia dibolehkan. Tetapi ia perlu dikaji dengan mendalam kerana ia boleh menimbulkan keretakan dan perbalahan antara suami isteri. Kami tidak mahu sekiranya nikah misyar menambahkan lagi kadar perceraian di Singapura,' katanya.
Malah, beberapa ulama, termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi, dalam Fatwa Muasaraahnya berpendapat nikah misyar adalah sah.
Mudirah dari Masjid Mujahidin, Ustazah Jamilah Salim, pula berpendapat nikah misyar kurang sesuai untuk dilaksanakan di Singapura kerana timbul persoalan sama ada si suami boleh berlaku adil.
Dalam surah An Nisaa' disebut: maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja.
Tetapi keadilan itu bukan sahaja dari segi batin tetapi juga keseluruhannya - dari segi zahir, dari segi harta, dari segi nafkah, dari segi agama dan akhlak terutamanya,' tambahnya lagi.
Pengerusi Eksekutif Masjid Assyakirin, Encik Muhammad Faizal Othman, pula berkata nikah misyar dijangka menambahkan lagi bebanan ke atas masyarakat.
Seperti Hadis menyebut sesungguhnya setiap amal itu berserta niat. Dalam hal ini apakah niat pernikahan nafkah batin itu? Adakah ia untuk membina institusi keluarga atau sebaliknya?' ta nyanya lagi.
Namun, pengerusi Masjid Darussalam, Encik Abdul Mutalif Hashim, bersetuju sekiranya pernikahan misyar itu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ramai wanita yang belum bernikah.
Ini lebih-lebih lagi sekiranya wanita itu berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan. Sekarang di Malaysia pun kita dah tengok trend ramai lelaki duduk di rumah dan wanita pula yang kena keluar bekerja,' tambahnya lagi.
Perlukah nikah misyar?
By Nik Salida Suhaila Nik Saleh
CyberBerita Isnin 29 Mei 2006
NIKAH misyar yang juga dikenali sebagai 'nikah musafir' adalah sebuah perkahwinan yang tidak memerlukan pasangan tinggal sebumbung.
Bukan itu sahaja, suami tidak mempunyai tanggungjawab dari segi kewangan ke atas isterinya serta wujud implikasi bahawa akan berlaku perceraian.
Nikah misyar diamalkan di Mesir seawal 1825 dan dalam era moden ini amalan tersebut diterima secara sah di Arab Saudi.
Oleh kerana pernikahan seumpama ini tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad saw, majoriti umat Islam menolak amalan tersebut dan menyifatkannya sebagai 'bidaah'.
Bagi nikah misyar, amalan kebiasaan ialah isteri terus tinggal dengan ibu bapanya dan suami misyar bebas meninggalkan isteri dan anak-anaknya selama mana yang beliau kehendaki.
Isteri tidak boleh menuntut cerai atas alasan ditinggalkan suaminya.
Cadangan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin mungkin perlu disokong.
Itu pun sekiranya terdapat kajian yang menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai masalah mendirikan perkahwinan biasa.
Memang benar bahawa perlakuan maksiat dapat dikurangkan menerusi perkahwinan.
Tetapi soal penerimaan bentuk perkahwinan yang dibenarkan dalam Islam ini perlu mendapat kerjasama bukan sahaja daripada kaum wanita, badan-badan bukan kerajaan, para ibu bapa dan masyarakat, malah undang-undang.
Pernikahan misyar dibenarkan di Arab Saudi oleh fatwa yang diberikan Sheikh Abdul Azeez ibn Abdullaah ibn Baaz dan secara rasminya diperundangkan di Mesir oleh Imam Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada 1999.
Di sebalik fatwa itu, nikah misyar ditentang oleh ulama dari Universiti Al-Azhar di Kaherah.
Maslahah membenarkan amalan itu adalah kerana ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin.
Namun, realitinya di negara-negara Arab ia tidak sedemikian kerana nikah misyar menjadi amalan di kalangan wanita berkedudukan tinggi dan kaya-raya.
Nikah misyar juga tidak boleh mempunyai had masa tertentu kerana sekiranya terdapat tempoh masa yang dijanjikan kepada isteri untuk diceraikan, maka ia menjadi nikah mutaah yang tidak dibenarkan dalam Fikah Sunnah.
Nikah misyar diperlukan dalam konteks masyarakat hari ini jika kajian menunjukkan bahawa kaum lelaki tidak mampu berkahwin dan menyara isteri serta anak-anak.
Sebab itulah isteri dalam perkahwinan misyar dibenarkan terus menetap bersama ibu bapa dan suami hanya 'bertandang' sekiranya perlukan khidmat seksual.
Persetujuan kedua-dua belah pihak amatlah penting kerana perkahwinan ini menuntut pengorbanan emosi dan perasaan yang tinggi.
Walaupun pasangan mengetahui batasan keperluan dan had tanggungjawab yang harus diberikan dan diterima, norma sebuah perkahwinan ialah kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Para isteri juga tidak harus membandingkan perkahwinan dan komitmen suami mereka seperti perkahwinan biasa kerana ia jelas tidak sama.
Malahan sekiranya berlaku perselisihan faham, ia mungkin sukar diselesaikan kerana tiada faktor lain yang boleh mendorong merapatkan hubungan tersebut melainkan sekiranya suami datang ke rumah ibu bapa isteri atau alternatif perhubungan yang lain.
Tanpa menyediakan makan pakai, mengikat perut suami dengan masakan yang sedap, persekitaran rumah yang indah yang membangkitkan rasa kasih dan sebagainya agak sukar untuk isteri menunjukkan perhatian yang sewajarnya kepada suami sedangkan realiti sebuah perkahwinan adalah lebih daripada hubungan seksual.
Sama ada ia menganiaya wanita atau tidak, ia persoalan yang sangat subjektif kerana jika wanita atau isteri nikah misyar merasakan bahawa khidmat seksual itu adalah klimaks objektif sebuah perkahwinan, maka mereka tidak mengharap komitmen yang selainnya.
Tetapi sekiranya ada isteri yang merasakan bahawa suami patut memberikan sedikit perhatian dan ia tidak berlaku, maka wanita tersebut merasakan beliau teraniaya sedangkan hakikat nikah misyar adalah untuk hubungan kelamin semata.
Perbezaan utama antara nikah biasa dengan nikah misyar ialah pasangan tidak tinggal serumah tetapi akan saling berhubung antara satu sama lain.
Suami pula tidak bertanggungjawab memberi nafkah zahir kepada isteri walaupun syarat ini mungkin berbentuk perjanjian sementara.
Amalan nikah misyar dibimbangi jika ia berlainan dengan niat asal sesebuah perkahwinan itu didirikan.
Oleh itu, jika nikah misyar diamalkan di Malaysia, maka undang-undang yang lebih jelas dan menjurus kepada amalan ini perlu dirangka bagi membolehkan ia dilakukan mengikut batasan syariat.
Alasan untuk membenarkan kaum lelaki mengamalkan nikah misyar semata-mata bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin juga harus diteliti secara mendalam.
Malah setiap perkahwinan itu hakikatnya berlangsung atas nama tanggungjawab yang lebih cenderung untuk dipikul oleh suami.
Tanpa tanggungjawab perkahwinan tidak akan membawa sebarang makna jauh sekali menepati objektifnya iaitu berkongsi hidup dan kasih sayang, bukannya berlandaskan seks semata-mata.
Kajian juga perlu dibuat mengenai ego lelaki yang bersetuju supaya kahwin misyar dibenarkan kerana ia ternyata bertentangan dengan fitrah kejadian lelaki itu sendiri.
Jika seorang lelaki itu tidak mempunyai kemampuan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami, bukankah lebih baik jika sebuah perkahwinan itu tidak dilangsungkan.
Walau apapun hikmah di sebalik nikah misyar itu, ia pasti tidak perlu dijadikan alasan untuk 'menghalalkan' perhubungan suami isteri yang hakikatnya tidak wujud.
Alasan ramai wanita tidak berkahwin untuk membenarkan lelaki mengamalkan nikah mi syar juga perlu dibuktikan kebenarannya menerusi statistik bukan sekadar cakap-cakap kosong.
Statistik penghuni pusat serenti yang kini dipenuhi oleh lelaki dan jumlah kaum wanita di institusi pengajian tinggi perlu menjadi sandaran jika benar nikah misyar benar-benar diperlukan.
Apatah lagi apabila nikah misyar dikatakan menjadi amalan di kalangan lelaki Kuwait dan Arab yang kaya untuk melepaskan hawa nafsu mereka ketika bercuti.
Nikah misyar membenarkan mereka mengadakan hubungan seks dengan wanita lain kononnya untuk mengelak daripada melakukan zina.
Kepada lelaki dan wanita Malaysia, fikirlah sejauh mana perlunya nikah misyar dibenarkan. - Utusan Malaysia.
Nota: Penulis seorang pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
0 mulled it over:
Post a Comment